Image Hosted by ImageShack.us

Monday, January 01, 2007

ku dah berpindah blog.. alhamdulillah mulai tahun 2007 ku akan menggunakan blogdrive
prasastiseni.blogdrive.com <----- re-link me yer.. jangan tak link, coz yg blogspot ku dah takmo update lagii.. afwan.. sudi2 la singgah ke lelaman yg baru, dan jangan lupa tag tau..




1:05 AM
Alhamdulillah

Thursday, December 14, 2006

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan
kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan
semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih
murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih
saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh
harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa
manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan
cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak
sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap
tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak
usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat
melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg
pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh
di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar
diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah
jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan
cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah
merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal
keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan
juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti
perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya
cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih
penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku
mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu
dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa
kaulah nyawaku itu.
Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup
ini...

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi
cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan
mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan
berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi
pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu
keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan
tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang
dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar
dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah
dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan
kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir
seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari
untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu
seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta
kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang
setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada
cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta
dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak
mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam
catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu
yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia
jiwa.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan
yang tepat

Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga
keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar
dalam cinta

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus
dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh
itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan
apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia
seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu
kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

?Aku mencintaimu?, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan
itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya
sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan
kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya
belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau
benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap
orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali
dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu
hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru
tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan
dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana
hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas
kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas
limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama
hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir
kebesaranNya itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang
mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke
dalamnya.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman
damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas
utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah

keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi
tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta
.Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada
lagi ada rasa.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah
jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan
balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di
hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta
tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh
itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta
terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah
SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih
daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau
keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak,
itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal
keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah
menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang
pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya
kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan
pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu
cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum
mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti
cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu
cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang
bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah,
romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda
kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang
mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah
punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta
itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan
kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda
cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan
sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan
menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi
tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang
pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap
hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih
sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan
berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan
tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan
tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup
meracuni hidup kamu

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita
daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik
daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi
tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah
mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah
pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta
buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik,
yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar
dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan
seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang
lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai
hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara
nada cinta dan rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah
kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya
cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan
harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak
masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu
bersama cinta.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun
tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu
mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan
kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh
tanpa sedari.

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi
kehilangan matahari -Aswir

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan
dan seringkali berakhir dengan air mata.

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu
lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah
pondok kayu menjadi istana emas

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah
membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan
dirinya

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya
dan cinta memandang enteng akan kematian

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal
abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini
dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam
gelap -Peribahasa Mexico

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang
putus talinya.

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah
madunya -Hamka

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta.
Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu
adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik
merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan
menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.
Sakit dan sihat tidak bertemu.

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah
Jerman

Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang
yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa
cinta -Pepatah Greek

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah
Inggeris

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah
pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam
percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu
laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu
berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat
pelangi itu berada di atas kepala orang lain.




5:12 AM
Alhamdulillah


Cinta Tragika

Sesingkat waktu itu,
aku masih dahagakan sesuatu darimu
Sekilat cinta aku,
engkau masih menidakkan
perasaan rindumu

Jikalau pelangi enggan bermain,
mewarnanya
Jikalau mentari enggan berkongsi,
berbahangnya

Baru lah aku mengaku,
cinta kita telah musnah
Baru lah aku mengaku,
cinta kita kekal badar

Ditelan kerakusan,
kenyataan kehidupan
Dipukul kegagahan
kepahitannya harapan

Engkau lah lambang cinta
karam tragika
Aku lah dibatera
CINTA TRAGIKA

Baru lah aku mengaku,
cinta kita telah musnah
Baru lah aku mengaku,
cinta kita kekal badar

Seteguh lagu merdu
aku masih menanti
kenangan yang baru
Sekilat cinta aku,
engkau masih menidakkan
perasaan rindumu

Jikalau pelangi enggan bermain,
mewarnanya
Jikalau mentari enggan berkongsi,
berbahangnya

Baru lah aku mengaku,
cinta kita telah musnah
Baru lah aku mengaku,
cinta kita kekal badar

Ditelan kerakusan,
kenyataan kehidupan
Dipukul kegagahan
kepahitannya harapan

Engkau lah lambing cinta
karam tragika
Aku lah dibatera
CINTA TRAGIKA

Baru lah aku mengaku,
cinta kita telah musnah
Baru lah aku mengaku,
cinta kita kekal badar




5:08 AM
Alhamdulillah


jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..




5:07 AM
Alhamdulillah


[=--~Seorang Gadis~--=]

Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih
suka, sedalam duka, ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu padajasad yang gagah... seorang gadis itu... teman yang setia, buat Adam~ dialah Hawa, tetap di sini... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya... bijaksana ia, menyimpan ilmu, si teman bicara, dialah Aisyah~ penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah...

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya Allah memuji... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah... kesayangan ayahanda,suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita,cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangantegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya... dengan yakin Deennya, dengan teguh Aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia. pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu... anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai abidah, daiyah & mujahidah, pejuang ummah... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Allah yang menentukan...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan

seorang gadis itu ...
menuju 'CINTA'nya yang ABADI!

-syafiq-




5:07 AM
Alhamdulillah

Tuesday, December 12, 2006



Kesucian Hati





Sebaik- baik hati yang dikasihi oleh Allah Taala ialah hati yang
suci murni dari segala kebatilan dan keraguan , bersih dari segala
aneka rupa kejahatan . Hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan:-

Terdapat (4) kategori hati :-

1) HATI YANG TIDAK BERSELAPUT (dengan syak wasangka)
padanya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati
seorang mukmin.

2) HATI YANG HITAM dan tidak mementu tempatnya. Itulah hati
seorang kafir.

3) HATI YANG DIBELENGGU diatas kulitnya. Itulah hati seorang
munafik.

4) HATI YANG MENDATAR- padanya iman dan nifaq, maka
perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang
sayuran yang disirami tawar dan perumpamaan nifaq yang ada
padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh
nanah dan darah busuk. Yang mana diantara keduanya yang
berkuasa ke situlah hati akan tertarik.

Dipetik Dari : virtualfriends





6:15 PM
Alhamdulillah

Tuesday, November 28, 2006


Nilai Tudung Wanita


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

sumber dari:
Nilai Tudung Wanita





10:42 PM
Alhamdulillah

Friday, November 24, 2006

Berubah Mencari Kehidupan Lebih Baik


Hidup ini memerlukan perubahan ke arah lebih baik dalam semua keadaan. Kualiti kehidupan, baik yang berkaitan kehidupan di dunia maupun di akhirat, perlu ditingkatkan setiap masa. Sikap mudah berpuas hati dan tidak mahu berusaha lagi perlu dibuang jauh-jauh.


Tuntutan memperbaiki diri meliputi semua perubahan atau pertukaran daripada yang buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik lagi. Kehidupan ini tidak sepatutnya dibiarkan statik biarpun telah berada di tahap yang baik.


Usaha ke arah itu memerlukan satu daya kesedaran yang berterusan untuk membentuk kemampuan yang boleh melonjakkan diri melepasi halangan yang terbentuk dalam diri dan persekitaran.


Tidak dinafikan, usaha untuk berubah bukan satu perkara yang mudah. Terdapat banyak halangan yang menjadikan usaha itu terbantut. Sebab itu, berubah kepada kebaikan termasuk dalam tugas jihad. Semangat yang teguh diperlukan untuk berubah.


Halangan biasa menjadikan manusia tidak berdaya berubah memperbaiki diri ialah sifat malas, kejahilan, nafsu dan kurang keyakinan diri. Tambah lagi, syaitan sentiasa membisikkan dalam diri agar meninggalkan kebaikan, dan sebaliknya melakukan kejahatan.


Selain halangan dalam diri, terdapat juga halangan persekitaran yang menggagalkan niat untuk berubah. Halangan itu biasanya pengaruh rakan, budaya masyarakat, tiada sumber kewangan dan kejadian semuajadi di sekeliling.


Kejayaan tidak mungkin dicapai jika sekadar melakukan usaha separuh hati dan tanpa perancangan yang teliti. Individu yang ingin berubah menuju kehidupan dengan lebih nilai kebaikan perlu menanam tekad, iltizam, keazaman dan keikhlasan yang kuat untuk melakukannya.

Bertaubat juga sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri. Sesiapa yang bertaubat bermakna berubah dari keadaan berdosa kepada diampunkan dosanya. Orang yang bertaubat juga berubah meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukan sebelum itu.

Maksud hadis Rasulullah: ?Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa.? (Hadis riwayat Ahmad).


Niat dan usaha hendak memperbaiki diri perlu dilakukan sedari awal dan tidak hanya menanti apabila usia memasuki usia senja. Banyak orang memberi alasan ingin bebas berseronok ketika usia muda.

Usia muda masa terbaik untuk mengumpul lebih banyak pahala. Ketika itu tenaga masih kuat. Daya ingatan tajam dan mudah mengingati apa yang dilakukan. Semangat orang muda juga berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang diingini.


Orang muda biasanya belum mengidap penyakit berbahaya yang biasanya menghalang seseorang daripada bergerak bebas. Ketika usia muda, tumpuan lebih dapat diberikan untuk membina landasan kehidupan yang lebih baik.


Peluang ini wajar direbut sepenuh sebelum tiba masa tua yang mana lebih banyak halangan untuk beribadat seperti kurang tenaga, penyakit, ingatan tidak tajam, dan tanda-tanda lain yang dikaitkan dengan usia tua.

Malah, banyak orang yang menghabiskan hari tua dalam keadaan nyanyuk. Dalam keadan begitu bagaimana hendak memperbanyakkan ibadat. Urusan kehidupan yang biasa pun tidak dapat diuruskan dengan baik.

Masa muda termasuk perkara yang perlu direbut sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud: Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; iaitu masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu. (Hadis riwayat Tirmizi).


Usaha untuk berubah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan dan bukan sekadar angan-angan. Sekiranya ingin berubah tidak perlu menanti masa tua. Individu yang benar-benar ikhlas untuk berubah tidak menangguhkan masa.

Tambahan, usia kita semakin menunju penghujung, tidak tahu berapa lama lagi peluang untuk terus menyedut udara nyaman di dunia ini. Berhati-hatilah, kita tidak mengetahui berapakah lagi usia yang berbaki.

Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Kekuatan nafsu tidak berkurang dengan bertambahnya usia seperti berkurangnya tenaga, daya penglihatan dan daya pendengaran. Nafsu masih ingin kepada keduniaan biarpun ketika hampir menemui maut.

Sabda Rasulullah bermaksud: Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk mendidik nafsu perlu dilakukan secara berterusan. Rasulullah menjelaskan dorongan nafsu adalah sebahagian daripada penyakit yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan dan penderhakaan.


Penyakit nafsu tidak dapat disembuhkan melainkan melalui peningkat keimanan dan ketakwaan. Ini perlu dilakukan dengan asuhan iman yang dilakukan secara berterusan bermula sejak usia kanak-kanak, disuburkan ketika alam remaja dan diteruskan ketika meniti alam kedewasaan.

Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dahulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau. (Hadis riwayat Hakim).


Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai oleh akal dan bukannya nafsu. Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan.


Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan yang sempurna amalan kehidupan di dunia ini. Atas matlamat itu kehidupan yang dilalui penuh bermakna dan tidak tergelincir daripada landasan keimanan.

Berubah meninggalkan kepalsuan dan dosa adalah sebenar-benar tanda keimanan. Hakikatnya tiada untungnya bagi sesiapa yang merebut dunia dan meninggalkan akhirat kerana akhirnya tetap akan merasakan kerugian yang tidak dapat ditebus lagi apabila diri sudah berada pada hari pembalasan.

Renungkanlah FirmanNya yang bermaksud: "Adakah kamu suka dengan kehidupan didunia ini dari akhirat? Maka tak adalah kesukaan hidup didunia, diperbandingkan dengan akhirat, melain sedikit sekali. {At-Taubah:38}



Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya.

Mari kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah berapa banyak perubahan itu dicapai, asalkan perkara itu dilakukan secara berterusan. Islam menganjurkan agar mengamalkan sikap istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan.

sumber dari:

Berubah Mencari Kehidupan Lebih Baik






8:52 AM
Alhamdulillah

Sunday, November 12, 2006

Penantian


terpegun seketika bila baca blog yang ku terjumpa masa search2.. banyak kata2nya yang telah membuat diri ini terdiam seketika. Di sini ku ingin menulis tentang apa yang ku ingin sampaikan kepada semua. tersenyum bila dengar sahabatku Nadiah, bila dia kata "tapi kan kak, mak saya kata, lebih lama orang tu tunggu, dia akan dapat yang terbaik tau kak" memang benar.. jangan bimbang atau runsing jika kita belum bertemu dengan seseorang yang bakal menjadi pasangan hidup kita.. Allah telah menentukan jodoh pada setiap hambaNya. insyaAllah. syahdu benar bila dengar lagu Permata Yang Dicari - Dehearty.. Biar lambat.. asal permata yang dicari itu yang terbaik buat kita. ameen~




10:17 PM
Alhamdulillah

Saturday, November 04, 2006





Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam
perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat
saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas
kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi
mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." hari. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan
cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.

Yesterday is history, Tommorow's a mystery, Today's a gift, That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude. Thanking Allah, He let me rise, And To Him I only, Seek His assistance."

sumber dari:
Cinta





5:03 PM
Alhamdulillah